top of page
Writer's pictureMohamad Hadif Badrul Hisham

Malaysia yang Kucintai - Isoke San

Apa khabar? Saya Isoke dari Tokyo, Jepun. Seorang warganegara Jepun yang cintakan Malaysia. Sebelum wabak covid-19, saya melawat Malaysia setiap tahun, terutamanya pada hujung bulan Ogos untuk menyambut Hari Kebangsaan Malaysia. Mengapa saya begitu terpesona dengan perayaan hari kebangsaan di Malaysia?


Jepun tidak menyambut hari kemerdekaan. Kami menyambut Hari Kebentukkan Negara pada 11 hb Februari, iaitu hari pertabalan Maharaja Jepun yang pertama mengikut lagenda. Tetapi tidak ada acara kebangsaan untuk menyambutnya. Jepun telah mencapai kemerdekaan setelah kekalahan di Perang Dunia ke 2, pada 28 hb April 1952. Tetapi negara Jepun mempunyai sejarah yang sangat lama sebelumnya, kami tidak menganggap hari tersebut sebagai hari jadi Jepun. (terdapat juga penduduk Okinawa yang tidak setuju untuk menjadikan hari tersebut sebagai hari cuti umum, kerana mereka hanya dipulangkan kepada Jepun pada 15 hb May 1972.) Oleh itu kami tidak menpunyai tarikh tertentu yang setara dengan hari kebangsaan di Malaysia.


Dan, di Jepun patriotisme kadang-kadang dianggap sebagai pemikiran bahaya, kerana kami ada memori yang bersejarah seperti sejarah perang. Pihak tertentu risau bahwa, patoriotisme yang melampau akan membawa kepada perang. Manakala selama perayakan hari dan bulan kebangsaan di Malaysia, saya tidak merasa suasana yang bahaya. Perbarisan tentera pun dijalankan di dalam suasana aman. Mungkin kerana negara Malaysia tidak pernah menggunakan kekuatan bersenjata dengan negara lain (kecuali untuk bertahan sendiri di dalam wilayah Malaysia). Kemerdekaan pun dicapai melalui usaha rundingan dan persidangan, bukan oleh perjuanang bersenjata seperti negara lain. Pangalihan kuasa pertama pada 2018 pun telah dicapai melalui pilihan raya, bukan oleh coup de tour. Saya dapat merasa patoriotisme tanpa suasana bahaya. Ya, inilah Sejahtera Malaysia yang kucinta.




Mengenai saya:

Isoke dari Tokyo, Jepun.

Kerja: sektor awam.

Hobi/Minat: lawatan ke M'sia.

9 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page